JellyPages.com

my love story

my love story

12/27/2010

Anda Tahu apa Itu PMS ??

ok selamat tengahari
sekarang ni fatin marzuki tengah menderita akibat PMS,yup sangat sakit..Rasanya ini bukan pertama kali,dah banyak kali saya mengalaminya.Sejak dibangku sekolah lagi saya mengalami PMS.Masalah PMS ni saya kongsi bersama dengan kakak saya,dia pun memang dari sekolah lagi.Sampai sekarang saya dah berusia 21 tahun masih mengalami.Yang saya pasti bukan semua wanita akan mengalaminya,mak saya pun tidak pernah merasa apa itu PMS.Nak tau apa rasanya ?? saya x boleh bangun,x lalu makan,x boleh tido jugak,badan sengal2.Sakitnya memang xtaw la nak digambarkan.Rasa macam x normal pun ada,rasa benci sangat2,rasa geram xtahu nak buat apa time period.Ramai jugak yg bertanya macamana rasa datang period,hmm rasa macam nak beranak kot ! kat sini saya nak bagi tau sikit apa itu maksud PMS,mungkin ada orang diluar sana pernah dengar tentang ni tapi x ambil kisah apa maksudnya or mungkin anda tahu serba sedikit tapi xpernah mengalaminya atau mungkin teman lelaki anda xpernah ambil tahu pasal PMS.Mari kita lihat !!

Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS.

Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri: Penyakit senggugut teruk (premenstrual dysphoric disorder) (PMDD).


Faktor risiko

  • Pengambilan kafin tinggi[6]
  • Tekanan mungkin menimbulkan keadaan
  • Peningkatan usia
  • Sejarah kemurungan
  • Penggunaan tembakau
  • Sejarah keluarga
  • Faktor permakanan[7] (Aras rendah vitamin dan galian tertentu, terutama magnesium, manganese, dan vitamin E)

Sejarah keluarga sering kali merupakan petunjuk baik bagi kemungkinan sindrom prehaid; kajian mendapati bahawa kehadiran PMS adalah dua kali ganda lebih tinggi dikalangan kembar seiras berbanding kembar sebapa.[2] Sungguhpun kehadiran sindrom prehaid adalah tinggi dikalangan wanita dengan masaalah affective (affective disorders) seperti kemurungan dan masaalah bipolar, kaitan punca tidak dapat dipastikan.

Vitamin B turut didakwa mampu membantu dengan menstabilkan emosi.


Simptom

PMS merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu (irritability), ketegangan, dan dysphoria[2] Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakanwanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masaalah tersebut. Simptom berikut juga boleh disandarkan kepada PMS: [3][4] [5][6] (murung).

  • Perut kembong
  • Kejang perut
  • Payu dara bengkak atau sensitif
  • ketegangan atau bimbang (anxiety)
  • Masaalah tidur (insomnia)
  • Sakit sendi atau otot
  • Pening kepala
  • Lesu
  • Jerawat
  • Hayunan perasaan (Mood swings)
  • Peningkatan masaalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masaalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)

RAWATAN


selalunya orang akan bertanya apa rawatan yang sesuai apabila mengalami senggugut (PMS) sama ada rawatan tradisional atau moden.Kalau orang seperti saya semestinya saya lebih gemar mengambil ubatan seperti paracetamol (PCM) atau ubat prementrual pcm (berwarna pink ) dan mefenamic asid sangat brkesan terdapat dimana2 farmasi.Ini contoh yang paling senang saya beri,jika anda mengalami PMS yaang teruk saya jangka kurang keberkesanannya,jadi saya sarankan demah perut anda dengan air panas dalam tempoh 1 jam.INSYALLAH dengan ubatan tadi dapat mengurangkan kesakitan yang dialami.

namun jika anda lebih berminat dengan cara tradisional saya sarankan beberapa tips yang saya ambil dari internet

teh pahit tanpa gula dikatakan dapat meringankan masalah senggugut PMS.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak.Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.

buah petola yang biasa ditanam dikampung kampung khabarnya dapat mengurangkan sakit senggugut.Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana kita hanya perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid.

Ada pula yang mangamalkan pengambilan kunyit ,asam jawa dan gula merah yang direbus.Segala rebusan ini diminum selepas makan.


Ni jela tips yang saya boleh bagi,huhu harap dapat membantu kaum2 wanita ni mungurangkan penyakit senggugut yang dialami..sengaja saya berikan entry ni supaya anda2 dapat berkongsi masalah yang saya kerap mengalami..Jangan kerana kita mengalami PMS kita tidak dapat meneruskan aktiviti harian kita . Jangan cepat patah semangat..Orang2 disisi kita sentiasa memainkan peranan penting untuk mengurangkan kesakitan yang kita alami..Disini nak ucapkan terima kasih pada emak yang tak henti2 memberi sokongan emosi,tolong urut2 oerut saya dan kakak sepanjang kami mengalami PMS..inilah cerita seorang ibu yang sendiri tidak prnah mengalami PMS tapi jugak tidak pernah jemu melayan kerenah anak2..agaknya kesian melihat anak2 nya yang hampir setiap bulan mengalami PMS........THANKS MUMMY !

someday i'll repay back !

selamat makan tengahari ye !

0 comments: